Sunday 24 July 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 1

Assalamualaikum...

INTRO

Alhamdulillah.. selesai kembara NZ North, sambung travelog kembara Mesir pula. Idea ke Mesir ni timbul pada tahun lepas selepas kenal dengan orang Mesir yang tinggal di Perjiranan kami. Beliau bukan sekadar jiran juga Imam kat surau dan tok guru mengaji kami. Nama beliau ialah Sheikh Abdul Rahman.

Awalnya plan nak ikut Sheikh balik Mesir pada bulan Dis 2015 tapi tak jadi. Pastu Sheikh bagi hint pada hujung tahun 2016 tapi tiba-tiba pada bulan Feb tahun ni Sheikh cakap nak balik Mesir bulan May dan offer sapa nak ikut. Aku pun terus kumpul orang sapa nak pegi. Tentang tarikh 20-28hb May, aku juga yang cadangkan kepada Sheikh iaitu seminggu sebelum cuti sekolah. Sheikh pun takda hal tentang tarikh tu, cuma kena apply cuti mengajar.

Selepas tarikh confirm, mulanya dalam 10-11 orang nak join, tapi akhirnya 6 orang je confirm. Tiket flight ETIHAD beli pada bulan Mac dengan harta promotion RM2100 seorang untuk 2 way. Cara nak tau bila ada tiket flight promotion kena follow web ni, www.skyscanner.com 

Selepas tiket flight dah book seterusnya kena plan iternari untuk 9 hari 8 malam. Kalau ikutkan memang tak cukup nak cover tempat-tempat menarik di seluruh Mesir tapi apakan daya ada geng tak boleh cuti lelama. Just nice kalau dapat pegi 2 minggu boleh cover tengah, utara, barat, timur dan selatan Mesir. 

Tentang nak buat iternari pula panjang ceritanya. Diringkaskan atas nasihat Sheikh kena ambil travel agent sebagai tour guide semasa di Mesir nanti. Sebabnya suasana di Mesir berbeza dengan travel di NZ, Australia, Jepun, Korea ataupun Eropah.  

Oleh itu, demi keselamatan terpaksa juga guna Travel Agent. Beberapa kali travel agent bagi iternari melalui Sheikh tapi terpaksa ubah ikut macamana kami nak. Walaupun final iternari tak ikut 100% seperti kami mahu tapi yang penting dapat pegi Semenanjung Sinai melalui jalan darat. Kat sana ada Jabal Musa tempat Nabi Musa as terima wahyu dan berdialog dengan Allah swt. 

Harga package untuk 9 hari 8 malam, termasuk makan 3x sehari, transport dan access tempat-tempat menarik ialah USD760(RM3040). Masa tu currency RM-US ialah 1USD = RM4.00 plus minus.

Setelah semuanya ready dekat-dekat hari nak pergi barulah Sheikh bagi tahu ada grup lain join dalam 20 orang dari Darul Huffaz tempat Sheikh bekerja/mengajar. Rupanya Sheikh offer owner Darul Huffaz iaitu En. Nizam dan family untuk join, at last 20 orang termasuk mak bapak pelajar ikut. Kat sana nanti kata Sheikh pada hari ke-3 dan ke-4, kami akan join tour dengan Grup Darul Huffaz.

Geng Kembara Mesir.. dari kiri, Afandi, Haji Yunos, Aku, Hj Sabararudin, Haji Zali dan Hussein.

19 May 2016 : JB - Putrajaya Sentral - KLIA

Flight kami ke Mesir dari KLIA pada pukul 2.10 pagi, 20 May. Jadi dari JB kena gerak petang paling lewat pukul 4. Sebabnya kena ke Putrajaya Sentral dulu untuk park keta kat situ. Dari Putrajaya Sentral kena naik ERL ke KLIA. Semua tu dalam 4-5 jam perjalanan kalau tak jem. So, gerak awal untuk bersedia sebarang kemungkinan. Dari JB kami menaiki 2 kereta.

Parking berbumbung di Putrajaya Sentral
Naik ERL ke KLIA
HARI 1 ~ 20 May 2016
KLIA - Abu Dhabi - Cairo

2.10 am flight berlepas dari KLIA dan kami tiba di Abu Dhabi pada pukul 5.30 pagi. Waktu di Abu Dhabi 4 jam lewat. Transit lebih kurang 4 jam. Semasa dalam transit sempat gak jalan-jalan window shopping kat terminal airport. Hj Saba sempat sambar monopod baru dan kabel iphone.

Dalam flight KLIA-Abu Dhabi
Transit terminal to Cairo kat Abu Dhabi airport
5.30 tiba kat Abu Dhabi..

iPhone 6 plus murah sket dari Malaysia..
Visa on Arrival... nak masuk Mesir kena isi ni..
Cairo Airport

Lebih kurang pukul 12.30 pm kami selamat tiba di Cairo airport. Waktu Mesir 6 jam lewat iaitu bersamaan pukul 6.30 petang di Malaysia.

Sebaik keluar dari flight dan masuk ke terminal kami telah disambut oleh Mr. Ahmad iaitu wakil travel agent untuk urusan imigresen, visa on arrival, ambil beg sehingga naik transport. Biasanya travel agent akan tunggu selepas keluar dari airport tapi di Mesir special sket bagi yang amik travel agent kerana semuanya akan diuruskan supaya tiada masalah. Walaubagaimanapun, semua ini bukan free dan kena bayar. Kena baca sampai habis post ni nanti akan tahu bagaimana kami bayar.  

Jika difikirkan amik travel agent ni memang memudahkan untuk kami yang 1st time datang Mesir. Semuanya akan diuruskan sebaik jejakkan kaki di Mesir. 

Pengalaman pertama kali tengok Cairo airport ni agak old school dan tak berapa besar. Semua urusan imigresen dan collect beg di satu floor aje. Airport besar atau kecik bukan masalah kalau diurus dengan baik dan teratur. Semasa hari itu, sepanjang urusan keluar dari airport tiada masalah kecuali masa menunggu untuk ambil beg agak lewat sikit sebab ramai orang menunggu dan beg pula lambat keluar.

Masa tengah menunggu beg, dapat dengar azan solat Jumaat berkumandang dan kemudian khutbah tapi apakan daya tak sempat nak pegi solat. 

Disambut oleh Mr Ahmad...
Cairo airport.... sini tempat collect bag dan hujung sana tempat cop passport... 
kat luar airport... jangan salah sangka... gambar kanan tu pompuan dgn pompuan peluk...
Geng Mesir dengan Mr Mohamad(biras Sheikh) dan Incik Ali(Student Al-Azhar yg kirim duit dari Malaysia)
Style orang Mesir bagi bunga kat tetamu... yang bagi tu Mr Mohamad(biras Sheikh)

Sungai Nil

Semasa bergerak keluar dari kawasan airport wakil tour agent bagi tahu akan terus ke Pyramid di Giza untuk lawatan tapak pertama. Masa tu memey tengah penat, ngantuk sebab tak cukup tidur tapi bila dengar nak ke Pyramid teruja pula. Hilang ngantuk seketika.

Sepintas lalu jalan raya di Mesir dan Billboard..
Dalam perjalanan dari Airport ke Giza singgah ambil sorang lagi nama Mr. Ahmed iaitu beliau ialah Tour Guide sepanjang tour kami kecuali pada Hari ke-3 dan ke-4.

Mr Ahmed in the van..
Seterusnya dalam perjalanan singgah tengok Sungai Nil dan for sure bergambo.

Antara fakta utama tentang Sungai Nil,

1. Sungai Nil bermula dari Tasek Victoria di Uganda dan berakhir di Laut Mediteranien.
2. Antara Sungai terpanjang di dunia iaitu 6600km ++ dan merentasi 9 Negara antaranya Uganda, Kenya, Sudan, Tanzania dan lain-lain.
3. Merupakan pengangkutan utama membawa batu batan semasa membina Pyramid.
4. Merupakan sumber utama air bagi penduduk di Mesir dan sebab itu kawasan berdekatan Sungai Nil ialah kawasan hijau.
5. Sungai Nil dianggap suci oleh agama Islam, Yahudi dan Nasrani. 
6. Sungai Nil ada kaitan dengan kisah Nabi Musa yang dihanyutkan dan kemudian ditemui isteri Firaun. (Surah Al-Qasas ayat 7, Taha ayat 38-39)
7. Sungai Nil dalam AlQuran disebut laut (Al-Yamm)
8. Sungai Nil ialah Sungai Syurga(Hadis Riwayat Muslim)  “Seihan, Jeihan, Nil dan Efrat, semuanya adalah sungai-sungai syurga”
9. Sungai Nil ialah Sungai Madu di Syurga (Hadis)

Banyak fakta lagi tentang Sungai Nil. Cukup lah 9 dulu.

Sungai Nil..
Pyramid

Next stop seterusnya ialah Pyramid iaitu 7 wonder of the worlds. Dalam teruja dapat tengok Pyramid namun disebaliknya kena faham ia telah dibina oleh Firaun iaitu orang zalim yang mengaku tuhan.

Kenapa Firaun bina Pyramid?
Surah AlQasas ayat 38 ada jelaskan bagaimana Pyramid dibina dan untuk apa...

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".

Fakta tentang Pyramid Khufu (paling besar),

1. Tinggi asal 146 meter(sekarang 138 m). Lebar 230 meter.
2. Jumlah batu digunakan 2300 juta. Berat 1 batu - 7 tan.
3. Di bina selama 21 tahun. 

Bayaran untuk tengok Pyramid... nak masuk dalam Pyramid hage lain...
Termasuk dalam package..




Mr Ahmed tengah terangkan pasal Pyramid Khufu
Pyramid dari dekat..
Atas batu granite hitam... tempat letak Mumia Firaun sebelum dimasukkan ke dalam Pyramid
Tempat parking kapal..


Jalan raya at Cairo..
Papirus

On the way balik dari Pyramid ke hotel tour guide telah bawa kami ke satu tempat bagaimana kertas dihasilkan dari daun Papirus. (lupa pulak nama tempat tu..)

Tumbuhan Papirus ini mula digunakan oleh orang Mesir untuk buat kertas sejak 4000 tahun sebelum masihi. Lama tu dan hingga kini masih digunakan sebagai kertas untuk hasil seni seperti lukisan, tulisan khat dan lain-lain.

Jadi kami ke tempat ini untuk tengok sendiri bagaimana orang Mesir buat kertas dari Papirus dan kalau berminat boleh beli hasil seni dorang seperti lukisan dan sebagainya.

Pada batang papirus ni terdapat benang-benang halus... perlu dikupas dulu..
Papirus selepas dikupas kulitnya...
Setelah dikupas, dilenyek, disapu gam, dibiarkan beberapa hari.... akhirnya jadilah kertas yang kalis air...
Masa ni tengah deal beli ayat Quran tulis atas kertas Papirus.
Mulanya Hj Yunos nak beli... akhirnya Hj Zali yang beli...
Antara lukisan-lukisan kertas papirus yang terdapat di tempat ini

Oasis Hotel

Last destinasi ialah check in di Oasis Hotel. Rupanya tak jauh dari Pyramid dan dalam kawasan Giza. Alhamdulillah dapat bilik besar dan selesa dan aku dok sebilik dengan Afandi. 

Masa check in hotel, hari dah petang dalam pukul 5 lebih. Perut pulak dah nyanyi lagu keroncong untuk Ana. Patutlah lapo sebab tengahari tak makan. Travel agent pulak tak bawak pegi lunch atau mungkin lunch hari ni tak sediakan?

Last kami makan masa dalam flight Abu Dhabi-Cairo. Itupun breakfast. Dah lah waktu Abu Dhabi dengan Mesir lewat 2 jam. Kalau kami makan dalam flight pukul 11 pagi bermakna di Mesir baru pukul 9 pagi. Bermakna dah 9 jam tak makan cuma minum air je... huhu... 

Sebelum masuk ke bilik masing-masing, Mr Ahmad bagi tau, dinner disediakan di hotel pada pukul 6 petang... Alhamdulillah...

Dinner time..
Nasi dan Lamb

Roti dan daging
Sebelum den menutup tirai travelog Hari 1 ni nak cerita.  Sebelum menurunkan kami di hotel, kami telah diingatkan 2x oleh tour guide tentang bayaran tambahan USD50 seorang untuk TIPS. Masa tu kami tertanya-tanya pesal pulak kena tambah duit lagi? Bukan semua dah ada dalam package? 

Setelah diterangkan oleh Mr Mohamed(biras Sheikh) barulah kami faham bayaran TIPS ni untuk kemudahan sepanjang perjalanan kami di Mesir dari hari tiba di airport hinggalah hari balik juga kat airport. Maksudnya inilah stail Mesir bagi memudahkan urusan kepada travel agent dengan membayar TIPS kepada pihak tertentu termasuk polis dan askar. Kerana terpaksa rela kena bayar juga USD50 kepada travel agent... huhu...

Lagi satu masa kami dinner kat hotel tak nampak air disediakan. Kami pun order air mineral botol besar 2 botol. Bila habis makan dan nak keluar tiba-tiba cashier mintak 10 Pound(RM5)!

Haaa..... air kena bayar?... hahahaha... Welcome to Mesir! This is Mesir Style! So.. belajar-belajarlah pasal Mesir yea...ada 8 hari lagi nak hadap... hahaha....

Ok, sekian untuk kisah Kembara Mesir Hari 1... bersambung Hari ke-2...

No comments: