Sunday 7 August 2016

Kembara Mesir, 20-28 May 2016 ~ Hari 3

Assalamualaikum...


Hari ke-3 Kembara Mesir join grup Darul Huffaz naik bas bersama Sheikh Rahman sekali. Destinasinya ke Alexandria atau Iskandariah. Kota ini dinamakan Alexandria sempena nama Alexander The Great iaitu pahlawan yunani. Tapi aku menolak sama sekali disamakan Alexander dan Iskandar Zulkarnain sebabnya dari segi riwayat karakter adalah berbeza. Ada aku ceritakan kenapa dalam post Hari ke-2. 

Alexandria terletak di utara Mesir. Jarak dari Cairo lebih kurang 250km++. Dulunya merupakan ibu kota Mesir selama 1000 tahun disebabkan kedudukannya yang strategik di laut Mediteranean iaitu tempat tumpuan berdagang dan berniaga macam Melaka dulu-dulu. Kalau ke Mesir, Alexandria antara tempat wajib kena lawat kerana banyak tempat menarik di sini. Antaranya..... kalau nak tahu kena baca post ni sampai habis......hehe.... malangnya.... tak semua tempat menarik dapat pegi... huhu....


EL ALAMEIN - War Cemeteries 

Tempat ni antara aku tolak tak nak pegi masa awal-awal travel agent hantar iternari. Ya lah.. buat apa nak melawat kubur-kubur askar ni, takde pekdah... tapi final iternari masih ada gak.... aduyai...

Oleh kerana dah sampai layankan je amek gambar...


Kene escort lagi...

Bukan senapang mainan...

Sheikh Rahman tanpa jubah..
kubur askar israel pon ada... hmmmm...
Gambau dari atas...
buku  lawatan...


CATACOMBS

Tempat ke-2 lawatan ialah Catacombs of Kom el Shoqafa atau kubur bawah tanah. Antara tempat arkelogi bersejarah di Alexandria dan dalam senarai 7 keajaiban zaman pertengahan. Nak tau pasal Catacombs boleh baca kat sini, https://en.wikipedia.org/wiki/Catacombs_of_Kom_el_Shoqafa

Lawat kubur lagi... hehe... oklah dari lawat kubur perang yang takde kena mengena dengan sejarah Islam Mesir.

On the way ke Catacombs kami melalui kawasan pekan di mana boleh lihat sisi Mesir yang tak berapa enak dipandang iaitu sampah disana sini.... hmmmm...












yang pakai shirt CREW tu ialah Mr Mohamad... tour guide bas..




Selepas Catacombs seterusnya masa untuk makan tengahari. Semua dah lapar sebab dari tadi asyik tengok kubur je... hehe

Dari Catacombs ke pusat bandar Alexandria kena lalu kawasan celah-celah bangunan yang padat dengan manusia dan kenderaan. Laluan ni bersih sket dari laluan ke Catacombs.


Sesak!


wow!
Laut Mediteranean




Bergambo dulu sebelum makan..
Menu standard Mesir... Nasi + ikan atau ayam + salad




Citadel of Qaitbay

Selepas kenyang, tempat lawat seterusnya ialah Rumah Api Iskandariah yang terletak di Kota Qaitbay di Pulau Pharos. Tapi rumah api tu dah roboh sebab gempa bumi pada abad ke-14 dan yang tinggal kini cuma kubu.

Nak cerita pasal Citadel of Qaitbay ni panjang bebeno. Oleh itu, kepada yang nak tahu boleh baca kat sini, https://en.wikipedia.org/wiki/Citadel_of_Qaitbay


yang belakang tu hati-hati selfie... jangan jatuh ditimpa monopod sudaaa...
Citidel of Qaitbay


Ada jual sourvenir kat sini... jumpa terus beli...
Menariknya tentang Alexandria ialah suhunya lebih sejuk dari Cairo. Angin yang bertiup dari Laut Mediteranean pun nyaman. Alexandria banding dengan Cairo lebih bersih dan merupakan bandar ke-2 terbesar di Mesir.

Seketika berada di Alexandria terasa tak puas. Patutnya kena lebih sehari atau at least 2 hari kalau nak cover semua tempat menarik di sini. Next timelah datang lagi kalau ada rezeki lebih...

On the way at highway balik ke Cairo singgah RnR untuk solat. Patutnya boleh je singgah masjid kat bandar Alexandria tapi katanya takut lewat tiba di Cairo dan susah parking. Ni yang leceh kalau travel naik bas, parking limited. Pulak tu lawat masjid takda dalam iternari... huhu...

sebijik antara 3 bijik tembikai yg dibeli Sheikh Rahman..
Perpustakaan terbesar di dunia di Alexandria... banyak tersimpan tentang sejarah Mesir dan dunia..
Perpustakaan Alexandria
RnR kat Alexandria Road
dengan Hj Razali kat masjid tepi highway...
Rewang makan tembikai tepi highway

Cantik plak tol kat highway Alexandria Road... ceritanya utara Mesir ditadbir oleh orang muda sebab tu lebih lengkap dan bersih..

Cruise Sungai Nil

Kami tiba di pesisir Sungai Nil hari dah gelap antara waktu Maghrib dan Isyak. Asalnya naik Cruise Sungai Nil tiada dalam iternari tapi sebab ada permintaan dan nak rasa naik cruise so semua yang dalam bas setuju dan bayar USD35/sorang(RM140). Package ni termasuk naik kapal, dinner dan tengok show. Ingatkan show pasal kebudayaan Mesir tapi rupanya.... hmmmmm... macam menyesal plak naik... 


Sebelum masuk cruise... terselit pulak sorang Geng Darul Huffaz..
Mula-mula show pakaian firaun...
pastu tarian gelek pulok.... waduh nampak pusat!
view Sungai Nil dari atas dek cruise... malas dok bawah sebab tarian gelek masih berlangsung...
Last but not least sebelum balik hotel tour guide offer lepak kat bukit Muqattam. Kata dia kat situ boleh tengok bandar Cairo dari atas bukit sambil minum air panas. On the way ke sana lalu bandar Cairo yang sibuk dan penuh dengan manusia. Kata Sheikh Rahman, bandar Cairo sentiasa ramai dengan manusia dan ada bazar seperti di Al-Hussein bukak 24 jam...

Masjid Sultan Hassan... salah satu seorang pemerintah Mesir pada abad ke-13... Sebelahnya ialah Masjid Al-Rifa'i

Bukit Muqattam

dari atas Bukit Muqattam
Boleh lepak-lepak sambil tengok view... tapi sejuk plak..
view dari Bukit Muqattam...
Route hari ke-3.. Cairo-Alamein-Alexandria-Cairo
Masa kat atas bukit Muqattam waktu dah hampir tengah malam dalam pukul 11. Ingatkan nak lepak lama sikit atas bukit tu sambil menikmati pemandangan tapi sesekali bila ada angin terasa sejuk semacam sampai ke tulang. Sempatlah minum nescafe panas pastu balik. Tiba kat hotel dekat kol 12 malam.  

Kesimpulannya, kembara hari ke-3 tidak menepati citarasa kami. Sebenarnya di Alexandria atau Iskandariah banyak tempat menarik yang ada kena mengena dengan sejarah Islam iaitu Maqam Luqmanul Hakim(Surah Luqman), Makam Nabi Daniel, Makam sahabat Abu Darda' dan Masjid/Makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi. Tapi apakan daya kami tak berdaya mengubah iternari... pulak tu terjebak naik cruise yang ada tarian gelek... huhu... panglaman....

Ok. Sekian kembara Hari ke-3 bersambung Hari ke-4...

Post terdahulu,

No comments: