Sunday 20 November 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 4

Assalamualaikum..

Tahun kedua berturut beraya di perantauan dan bersama family Rudy...

10 Zulhijjah 1437H @ 12 Sept 2016 - Hari Raya Eid Adha

Sebaik azan Subuh berkumandang dari Masjid Biru, aku dan Rudy terus bergerak ke Masjid. Masa kami sampai orang tak berapa ramai dan berpeluang iktikaf dan solat sunat di ruang utama Masjid Biru. Selesai solat sunat qobliah, dekat setengah jam kemudian baru solat fardu Subuh.

Plan sepatutnya selepas solat Subuh nak balik semula ke hotel untuk salin baju melayu dan balik semula ke masjid untuk solat raya. Tapi sebaik selesai Solat Subuh terus ada alunan bacaan Al-Quran dan zikir. Rase rugi pulak nak tinggal. Lagipun, masa toleh belakang tengok orang dah ramai dan penuh. Terpikir gak kalau balik hotel dan datang balik takut tak sempat. Rasenya sebaik alunan bacaan-bacaan ni habis then terus solat raya. So, aku dan Rudy amik keputusan tunggu je lah sampai solat raya..

Memey tepat jangkaan kami, lebih kurang setengah jam kemudian dimulakan Solat Sunat Eid Adha. Nasib tak balik hotel kalau tak memey terlepas atau kene solat kat luar kaki 5 masjid...

Subuh @ Masjid Biru
Ruang utama solat Masjid Biru... Alhamdulillah.. tak berapa ramai...
Wefie sebelum Solat Subuh berjemaah... masa ni jemaah tak berapa ramai..
Masa ni dah selesai solat Subuh...
Mimbar sebelah kiri Sheikh sedang alunkan bacaan Al-Quran..
Kenapa Masjid Biru? sebab jubin-jubin dalam masjid hampir semua warna biru..
Wefie berbackgroundkan kubah Masjid Biru..
Masa ni dah selesai Sunat Hari Raya Eid Adha.. macam-macam bangsa ada kat sini...
Tak sure bendera negara mana?
Alhamdulillah... selesai solat Subuh dan solat raya...
Masjid Biru penuh sesak dengan jemaah dari pelbagai negara...

Di Turki, Hari Raya Eid Adha di sebut Bayrami Kurban. Ucapan raya pula Mutlu Kurban Bayramı. Berkesempatan beraya di Istanbul dan Solat Hari Raya di Masjid Biru adalah pengalaman yang takkan dilupakan. Lain padang lain belalang, lain negara lain pula caranya. Bab solat raya contohnya kat Malaysia biasanya buat 2-3 jam selepas solat subuh. Tapi di sini, kurang sejam selepas solat subuh. Kat UAE pun sama macam kat Turki. Masa raya tahun lepas kat Abu Dhabi solat kat konsulat Malaysia dan ikut cara Malaysia 2-3 jam lepas Subuh. #Terobek raya kat Abu Dhabi tahun lepas boleh baca/klik kat link ni.

Itu dinamakan kepelbagaian budaya dan cara yang kita boleh tengok dan rasa bila dapat peluang ke negara lain. Sebab tu aku sayang blog ni kerana dapat cerita segala pengalaman kat sini dan share dengan orang lain.

Balik semula cete beraya kat Istanbul.
Selesai solat raya aku dan Rudy balik ke hotel masing-masing untuk bersiap apa yang patut dan makan-makan pagi raya. Lepas tu plan nak ambil gambar ramai-ramai kat depan Masjid Biru. Rudy pulak kena balik ke Abu Dhabi hari ini flight kol 2 ptg. Hanya Rudy je manakala famili dia balik esok. So, acara pagi raya ini masa agak limited. Takpa yang penting dapat bergambo ramai-ramai dengan bendera Malaysia kat Masjid Biru.

Gaya beraya di perantauan... hehe..
Kari ayam pak berahim at Istanbul..



Blue Mosque aka Masjid Biru

Beraya di perantauan memey tak sama dengan beraya kat negara sendiri. Nasib bawak kari ayam dan kuah kacang pak berahim beserta nasi empet, terubat gak tekak selepas beberapa hari layan makanan Turki. Nikmat sungguh macam beraya kat kampung.. hehe..

Seperkara lagi nak beraya dan pakai baju melayu di negara macam Turki, memey napok janggal. Tapi demi nak tunjukkan kami ni orang Malaysia maka inilah masa nak kenalkan pakaian tradisi orang melayu kat Turki. Mungkin sebelum ni ada orang lain dah buat tapi kali ni giliran kami pulak. Mula-mula memey segan, lama-lama ok.

Serba sedikit tentang Masjid Biru di bina pada tahun 1609. Kira-kira 400 tahun dulu. Di bina oleh Sultan Ahmed 1 kerana nak menandingi Hagia Sophia yang terletak di hadapannya. Masjid Biru antara masjid tercantik di dunia dan sesiapa datang ke Istanbul wajib datang melawat dan paling penting dapat iktiqaf serta solat fardu berjemaah.

Kenapa di panggil Masjid Biru?

Kerana jubin-jubin hiasaan dalaman terutama bahagian kubah berwarna biru. Masjid ini bukan saja orang Islam datang melawat juga mereka yang bukan Islam. Samada yang Islam atau bukan Islam disyaratkan berpakaian sopan jika hendak masuk ke dalam Islam.

on the way to masjid biru...


dari kiri... adik ipar bongsu, adik ipar no 4, anak sulong mertua aku, cucu sulong mertua dan aku... 

Baju melayu & kurung at Masjid Biru..





Me & Insyirah berlatarbelakang Hagia Sofia...



Terserempak plak dengan mamat dari Malaysia yang nak bergambo dengan kami sebab pakai baju melayu..
begambo dengan warga Denmark
Selfie baju melayu kat dalam Masjid Biru
Ruang solat utama masjid biru..


4 mak n dara pinggitan at masjid biru
gelap sket...
Macam-macam jenis orang datang melawat masjid biru..

Indahnya ciptaan Allah swt...
Ngopi kat cafe sebelah Masjid Biru..

Topkapi Palace/Istana Topkapi

Aktiviti selepas zohor ialah melawat Topkapi Palace iaitu kediaman Khalifah Othmaniyah/Ottoman selama lebih 400 tahun lebih sebelum berpindah ke Dolmabache Palace. Sekarang istana ini dijadikan muzium. 

Istana Topkapi Palace dibina setelah Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota Kostantinopel(Istanbul). Istana ini bukan bangunan tunggal tapi terdapat beberapa bangunan lain dalam kawasan istana ini. Memang sangat besar kawasan istana ini dan di bina diatas bukit mengadap Laut Marmara.

Bayaran masuk Istana Topkapi ialah 30TL seorang. Oleh kerana taknak beratur panjang kami beli direct kat ulat tiket dan kena bayar extra 10TL seorang jadi total 40TL seorang.

Dari hotel kami jalan kaki ke Topkapi Palace yang jaraknya lebih kurang 1.5km. Lenguh gak kaki + tercungap jalan naik bukit. Apapun yang penting kita enjoy!


Ada apa di Muzium Topkapi Palace?

Sudah tentu peninggalan barangan sultan-sultan terdahulu. Selain itu di sini juga terdapat khazanah para anbiya dan sahabat antara tongkat Nabi Musa as yang membelah laut merah. Pedang Saidina Abu Bakar dan barangan Nabi-nabi terdahulu. Paling menarik perhatian ialah koleksi berkaitan Nabi saw antaranya ialah, pedang, janggut, rambut, bekas tapak kaki dan gigi Nabi saw yang tertanggal masa Perang Uhud. Datang Istanbul wajib lawat Muzium Topkapi untuk menyelami tentang sejarah kehebatan pemerintahan Islam.

Menurut cerita  koleksi barangan ini diperolehi setelah kerajaan Ottoman mengambil alih tampuk pemerintahan Islam dari kerajaan Abbasiyah.

Taman depan Topkapi Palace
Pintu masuk ke Topkapi
Pintu masuk je dah lawa kubah dia...




Laut Marmara



Kurang sorang sebab Rudy dah balik...
Makan tengahari time.. back to Turki menu...


Taksim

Last aktiviti ialah ke Taksim iaitu salah satu tempat happening kat Istanbul. Sebenarnya nak ke sana sebab nak ke Hard Rock Cafe. Biasalah ada orang kirim t'shirt dan kawe ni jenis taknak hampakan permintaan orang.. hehe... apapun tengok keadaan jugak... kalau susah nak pegi memey tak dapek den nak tolong.

Dari Sultanhamet kena naik Tram dan stop kat last station di Kabatas. Kemudian naik satu lagi train terus ke Taksim. Tak susah, cuma kena ada Istanbulkart je. Pulak tu sempena cuti umum 4 hari Eid Adha dapat diskaun 50%. Hage biasa ialah 2.30TL sekali touch dan tak kisah berapa banyak station singgah. Untuk hari ini dan 3 hari berikutnya ialah 1.15TL. Yang bestnya tentang Istanbulkart boleh pakai untuk 5 orang iaitu 5 kali touch.



On the way to Kabatas
tempat nak top-up 
Taksim yang sentiasa sesak dengan orang..
Batik ni bahasa Turki... bukan batik lepas... 


gego pulak amek gambo..

Dari station Taksim nak ke Hard Rock Cafe kena jalan dalam 1km. Macam jauh tapi tak terasa sangat sebab kiri kanan kedai dan sesak dengan orang ramai. Adalah dalam 10-15 min jalan kami pun sampai di Hard Rock Cafe. Di Takzim ada 2 Hard Rock Cafe, yang jauh tu yang besar sket. 

Menariknya tentang Hard Rock Cafe di Istanbul banding dengan negara-negara lain yang dah pegi, kat sini lebih murah. Memey murah walaupun duit RM tengah jatuh. Itu yang buat nak datang lagi Istanbul... 



Taksim Tunnel...


Macam-macam jenis manusia bole nampak kat sini...
Ini adalah kedai jual Turki deloght
Ok, selesai kisah travelog hari ke-4, nanti bersambung hari ke-5....

Post terdahulu,


No comments: