Sunday 8 May 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 3

Assalamualaikum...

Hari ke-3 dah. Macam biasa pagi sebelum memulakan perjalanan kena berkemas apa yang patut. Semua barang-barang persendirian kena pastikan jangan ada yang tak tertinggal. Kalau tertinggal juga maka bai-bai lah... takde masa nak patah balik...

Sekitar pukul 8 pagi semua ahli geng MPVian dah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Pastikan semua kunci kabin dah dipulangkan kat ofis reception. Sebab ada kes terlupa nak pulang. At last kena post. 

Ok, Sebelum masuk ke dalam kenderaan masing-masing acara rutin ialah bergambo.. Bukan apa, untuk kenangan..

Ni geng bawak MPV... ada 3 je sebab aku dan Afzan kongsi 1 MPV
Sementara tu den nak kongsi suasana dalam kabin kami di Wellington Kiwi Park. Kabin ni siap dengan dapur dan lebih selesa berbanding semalam semasa di Turangi. Dan sudah tentu lebih mahal sikit. Kabin ni untuk harga satu malam dalam NZ150++. Boleh check kat link ni, http://www.wellingtonsholidaypark.co.nz/ untuk lebih detail.

Hall
Dapur sekali dalam hall

Toilet bila di Panorama..
Bilik.. selesa utk 4-5 orang..
Dari luar nampak macam rumah kos rendah...
Ni kat tempat Reception... nak bayo dan amek kunci di sini..
Begambo ramai-ramai sebelum gerak ke destinasi seterusnya...
Tentang lokasi shooting filem Lord of The Ring di Wellingtons Kiwi Park - Ada kat depan Reception office
Bagi peminat-peminat filem Lord of The Rings kalau ke NZ North wajib singgah dan bermalam di campsite ini untuk melihat sendiri beberapa lokasi shooting filem ini. Menurut cerita, lokasi di sini dipilih antara sebab kebanyakan pokok-pokok dikawasan ini berusia 800 tahun lebih. Wow! tuanya..

Untuk mendapat gambaran sebenar baru-baru ni kawe tengok filem Fellowship of the Rings. Sebelum ni tak pernah tengok sebab tak minat... hehe.. La ni terpaksa tengok sebab nak tahu lokasi-lokasi penggambaran cerita ni. Bila dah tengok perasanlah beberapa lokasi di campsite ni. Lebih detail ada cerita kat web ni, http://www.wellingtonsholidaypark.co.nz/wellington-attractions/lord-of-the-rings dan baca post kawe Hari 2.

Ni antara babak shoot kat Wellington Holiday Park
selamat tinggal Wellingtons Kiwi Holiday Park... entah bila datang lagi...
Destinasi seterusnya ialah menuju Napier yang jaraknya lebih kurang, 291 km. Perjalanan hari ini tak berapa jauh berbanding perjalanan hari pertama dan ke-2.

On the way tersinggah kat sini... kawasan takungan air.. Stuart Macaskill Lake

Menuju ke laluan gunung ganang.... Bahaya untuk motosikal..


Sejarah pembinaan jalan raya di kawasan ini
Menarik kawasan ni kalau dapat teroka..




Laluan trek basikal kat Rimutaka Hill
Di pertengahan perjalanan laluan gunung-ganang kami singgah di Rimutaka Hill dan terdapat memorial di situ. Memorial ini tentang sepasukan tentera New Zealand pada Perang Dunia 1 yang melintasi kawasan pergunungan ini. 

Di samping tu ada juga cerita tentang sejarah kepayahan pembinaan jalan raya yang dikenali sebagai Rimutaka Hill Road yang menyambungkan bandar Wellington dengan Wairatapa. Laluan ini sepanjang 14km.

Untuk kaki kayuh basikal macam den ada trek basikal untuk teroka kawasan ni dan laluan itu menghala ke lokasi Look out Point dan dari situ boleh nampak pemandangan Tasek Wairapapa dan kawasan sekitar yang sangat indah. 


Dari puncak Rimutaka Hill selepas itu laluan menurun lebih kurang 11 km kami singgah di sebuah pekan Featherston. Pekan ini ada kaitan dengan kisah tentera yang melintasi Rimutaka Hill. Menurut cerita di Featherston terdapat kem askar semasa perang dunia 1.

Di Featherston kami singgah sebentar untuk mengambil gambar dan melihat apa yang menarik di situ.


Stesyen ketapi lama ala rumah koboi






Tak jauh dari Featherston kami singgah di muzium Cobblestones Early Settlers di Greytown. Muzium ini tentang pertukangan New Zealand. Sangat menarik muzium ni bagi mereka yang suka bertukang.

Selesai di muzium kami jalan-jalan sekitar pekan Greytown dan mengambil gambo mane yang patut.








Selesai di Greytown on the way ke Napier terpandang sign board Stonehenge. Oleh kerana nak mengetahui rupa bentuk Stonehenge di New Zealand kami mencari lokasi dan akhirnya jumpa... Memey Stonehenge tapi.....














Selepas 4-5 kali singgah akhirnya kami sampai ke tempat dituju iaitu Napier. Masa kami tiba jam dah pukul 3 petang. Sempat la untuk jalan-jalan tengok kawasan, bergambar dan makan tengahari di Restoran Halal di Kilim Turkish Cafe.

Ok, serba sedikit Napier ialah terletak di Teluk Hawke di Pantai Timur Pulau Utara menghadap ke lautan Pasifik dan merupakan kawasan berhampiran lingkaran gunung berapi. Bandar ini pernah musnah kerana gempa bumi pada tahun 1931 dan dibangunkan semula dengan senibina Art Deco.

Di samping itu, Napier ialah bandar pelabuhan pengeksport utama bulu biri-biri, daging beku, pulpa kayu. Juga pengeluar buahan seperti epal, pear dan anggur untuk buat wain. 
  
Kena bayo parking..



Singgah kedai sorvenir..






Kesan selepas gempa bumi tahun 1931..





Campsite di Napier di Kennedy Park




Selesai sudah kisah perjalanan hari ke-3... besambung Hari ke-4...

Post terdahulu,

No comments: