Sunday 5 February 2017

Jalan-Jalan Surabaya-Bandung 7-12 Jan 2017 ~ Part 2

Assalamualaikum..

Bandung

Kat Bandung pon ada rumah Frodo Baggins tau...

Sebaik tayar pesawat Garuda mencecah landasan Bandara Husein Sastranegara bermakna kali ke-11 guwe jejakkan kaki di Bandung. Fuh! Dah banyak kali tuu. 1st datang pada 2006. La ni 2017. Kalau dikira macam setahun sekali kann.. hehe.. 

Ada gak yang tanya banyak kali ke Bandung ada apa-apa ke? atau bukak cawangan? haha.. takdalah... Sebenarnya separuh dari 11 kali pegi tu sebab bawak orang yang 1st time nak ke Bandung. So, sambil-sambil bawak sambil menyelam layan apa yang best di Bandung. Bagi guwe takkan jemu datang ke Bandung sebab Bandung antara bandar yang best dan mampu pegi. Bajet dalam 1k sorang dah boleh sampai ke sini kalau ikut style guwe punye tour.. :)

Ok balik cerita rombongan Mak Kiah dan Wak Kam, asalnya 16 orang semua dan pada hari tiba Bandung tinggal 14 orang sebab Imam Abdullah dan wife dah balik semalam. Sepatutnya dia ikut ke Bandung dan balik hari ini tapi atas sebab urusan kerja kena balik awal. 

Seperti yang guwe udah cerita dalam Part 1(baca perenggan last), di ar pot kami disambut Roni iaitu supir kami sepanjang 4 hari di Bandung. Dari ar pot singgah dinner dulu di Karemba dan kemudian check-in Hotel Ibis Trans Studio.


Hari 4 ~ 10 Jan 2017

Farmhouse

Sepanjang 11 kali ke Bandung ini 1st time guwe ke Farmhouse. Tempat ni baru je buka dalam 1-2 tahun kalau tak silap. Sebelum ni kalau bawak orang 1st time datang Bandung tempat wajib pergi ialah Tangkuban Parahu. Dekat 6-7 kali dah guwe pegi Tangkuban sampai Tangkuban pon jemu tengok guwe.. hehe.. Kali ni guwe skip Tangkuban sebab katanya bayaran masuk udah mahal dalam Rp300,000 sorang.(rm100).. Jadinya kita pegi Farmhouse aja...

Al-kisah Farmhouse ni ialah tarikan terbaru di Bandung. Tahun lepas bulan April masa ke Bandung kawe tau dah pasal Farmhouse tapi pilih pergi ke Kawah Putih pun juga 1st time pergi. 

Sekarang ni kalau ke Bandung nak pergi tempat-tempat menarik macam ni tak cukup 4 hari. At least kena 6 hari baru boleh cover ke Kawah Putih, Farmhouse, Tangkuban, Dusun Bambu, Kampung Daun, Garut, Trans Studio dan lain-lain termasuk shopping. Guwe yang 11 kali ni banyak tempat lagi tak pegi tapi kebanyakkan tempat-tempat utama pegi dah.

Tiket masuk ke Farmhouse ialah Rp20,000 seorang dan boleh tukar dengan susu fresh lembang. Susu Lembang tu boleh pilih nak susu tawar, strawberry atau chocolate. Bayaran masuk untuk mobil juga dikenakan dari Rp5000 hingga Rp25,000 bergantung saiz mobil.


Apa ada kat Farmhouse?

Mula-mula nak pergi risau jugak kalau tak best. Dah lah bawak rombongan kalau tak best guwe jugak kene bahan nanti...huhu..

Bila dah masuk dalam kawasan Farmhouse, pendapat guwe ialah tempat ni sesuai untuk keluarga dan couple. Pergi bujang pun boleh untuk jalan-jalan cuci mata sambil boleh rasa biskut cookies free.. ehem.. hehe...

dah rasa kene beli.. hehe..

Antara tarikan dalam Farmhouse ialah terdapat taman 'mangga cinta' persis di Seoul Tower, Korea. Disamping itu terdapat deretan rumah-rumahnya ala eropah macam kat Bukit Fraser. Juga terdapat rumah hobbit seperti di The Hobbiton, New Zealand. Maknanya kalau datang sini seolah berada di Korea, Belanda, Ireland dan New Zealand.





Rumah ala hobbit... Hj Sabar & Family

Selain tu ada juga taman bunga ala tulip di Keukenhof, Amsterdam. Oleh kerana namanya farmhouse maka farm kambing juga ada beserta kambing-kambing yang jinak-jinak. Nak peluk kambing dan suruh cium pun boleh tapi kena tahan baunya.. haha..


Ajak selfie sekali dia kiss daaa....

Bagi mak-mak atau adik-adik perempuan boleh sewa costume ala Belanda yang berwarna warni dan memey menarik kalau pakai beramai-ramai.

 

Tu dia... jiran-jiranku pakai costume Belanda..



Farid sebelum makan biskut cookies..


Fridge magnet.. beli 3 = Rp60k.. rm7 satu...
at rumah Frodo Baggins... Frodo takde rumah, dia krem salam...
Bergambo dengan Cik Kam...
Hamek kau!

  

Senang cete kalo nak tau best ke tak kena datang sinilah...hehe..


Dusun Bambu

Next tempat lawat ialah Dusun Bambu juga dalam kawasan Lembang. Dari Farmhouse ke Dusun Bambu dalam 40 minit perjalanan. 

Ini kali ke-2 guwe datang sini. Masa 1st time datang 3 tahun lepas Dusun Bambu belum 100% siap. Kali ni nampak macam dah complete. Konsep Dusun Bambu lebih kepada back to nature iaitu alam semula jadi hutan khatulistiwa. Sape suka hutan memey sesuai datang sini. Selain tu ada jugak jeram dan kolam. Nak makan minum pun boleh. Cuma mahal sket. Oklah tempat ni. Bayaran masuk sama macam Farmhouse, Rp 20k sorang.

Dalam hati kata... "next time datang sini kena bawak anak.."
Model kita... Sheikh Farid Al-BDO P11

famili hj sabar lagi...
pondok tengah hutan ni kalau nak masuk kena bayo..









Kampung Daun

Rasa dah 7-8 kali guwe datang sini untuk makan. Antara tempat makan yang sangat menarik lanskapnyer. Semua tempat makan dalam pondok atau gazebo. Harganya mungkin mahal sedikit tapi yang penting sedep. Kat sinilah 1st time guwe makan pisang keju. Enak bangat sih!

Pak Wali Kota Hj Sabar sedang posing atas basikal..



Hari 5 - 11 Jan 2017

Hari ini lebih kepada hari shopping sedunia. Bukan ke Bandung kalau tak shopping. Antara tempat shopping yang pergi ialah,

1. D'Fashion - tempat beli kain
2. Toko 3 - Tempat beli baju dan seluar jeans Levi's
3. Kedai jual telekong, kain batik, kain pelekat - lupa nama kedai..hehe.. supir yang bawak sebab tak nak gi Pasar Baru..
4. Rumah Mode - Jual baju fashion dan berjenama dari kanak-kanak hingga dewasa. Nak pekena kopi pon ada kat sini.
5. Kedai minyak wangi - Beli minyak wangi custom made jenama 1dunia semua ada
6. Sari Raos - Bandung delight.

ni kat depan D'Fashion
Kedai jual telekong dll - pegi sini sebab taknak pegi Pasar Baru

Selepas sakan shopping, guwe bawa ahli rombongan makan di Rumah Makan Marannu iaitu menu utamanya ialah Sup Konro, Konro Bakar dan Es Pisang ejo. Ini tempat makan feveret guwe and the GST kalo ke Bandung.

Dulu ada kawan aku kerja Pilot 1st time datang Bandung guwe bawak makan sini terus jatuh cinta sama Bandung... haha... Tak taulah jatuh cinta dengan makanan atau cewek-cewek Bandung yang macam pelakon sinetron?..hehe... Dia punya suka dengan Bandung, 2 bulan lepas tu return datang dengan geng bujang. Pastu next year bawak famili datang lagi sini... haha...

Ni dia dah lama tak datang sure terkenang nak makan konro bakar. Sepatutnya tahun ni plan nak pegi tapi entah bila tak set date lagi..

Rumah Marannu... Konro Bakar & Es Pisang Ejo nya enak sekali...
Konro Bakar + Es Pisang Ejo = Mabeles!

Lepas makan ahli rombongan ajak balik hotel kejap untuk solat dan rehat kejap sebab dah penat shopping agaknya. Nanti petang dalam pukul 5 keluar balik sebab ada 3-4 tempat tak pergi lagi iaitu Rumah Mode, Sari Raos, kedai minyak wangi dan pastu dinner. Hari ini kena setel semua sebab esok pagi nak balik dan kena travel ke Jakarta. Flight Bandung-Senai dah takde, so kena naik flight melalui Jakarta ke Senai.

Petang tu sebelum gerak ke Rumah Mode sempat guwe dan Farid jalan-jalan kat Trans Studio. Rupanya ada masjid cantik kat situ.




Hari 6 - 12 Jan 2017

Masjid Agung Trans Studio

Last day in Bandung, Alhamdulillah... dapat solat Subuh kat Masjid Agung Trans Studio. Sebelum ni tak perasan ada masjid kat situ. Semalam baru perasan. Dari hotel Ibis tak jauh lebih kurang 200 meter aje. Subuh kat Bandung pada pukul 4.20 pagi.

Masjid ni waktu malam lagi cantik dengan pancaran lampunya. Diinspirasikan dari Masjid Nabawi seperti dinding/tingkap ala Turki, pintu utama, lampu, mamar putih dan juga tiang mamar yang terdapat dalam masjid. Solat Subuh tadi pun ikut Mahzab Hambali iaitu tiada qunut dan doa bersama Imam.




Pak Haji Yusuf Same dan Sheikh Farid Al BDO P11

Ruang utama solat




Al Azhar & Sheikh Farid... yang berbelak kat muka tu cahaya lampu blok




Bandung-Jakarta

Kami check-out dari Hotel Ibis lebih kurang jam 9 pagi sebab nak kena gerak ke Jakarta untuk flight balik ke JB pada pukul 8.50 malam. Dulu ada flight Bandung-Senai tapi dah takde sejak 10 Jan 2017. So, ke Jakarta lah.

Sebelum ke Jakarta, singgah Kartika Sari untuk beli brownies dan sewaktu dengannya. Guwe kat situ beli kasuk untuk anak je.

Last breakfast @ Ibis Hotel sebelum gerak ke Jakarta
Pegi 1 beg.. balik berbeg-beg dengan kotak, hand carry sekali... aduh!
Pak Wali Kota Hj Sabar

Jem masa cross bandar Jakarta



Nampaknya setakat ini je travelog jalan-jalan Surabaya-Bandung. Part 1 boleh baca kat sini, http://azhartravelog.blogspot.my/2017/01/jalan-jalan-surabaya-bandung-7-12-jan.html

Pengalaman pertama jadi mutawip untuk seramai 14 orang semua. Sebelum ni paling ramai 7 orang. Apapun harap-harap semua berpuashati dan tak serik nak ke Bandung lagi. Sebab sebelum pergi ni ada yang cakap Bandung tak best. Kalau ikut pengalaman guwe sebelum-sebelum ini yang pernah ikut semua cakap Bandung paling best dan nak return lagi. Harap-harap semua puas hati lah. Kawe ni bukan mutawip bertauliah pong. Cuma kalau boleh nak puas hati kan semua orang yang ikut trip ni. Ada tempat guwe janji nak bawak iaitu makan kat atas bukit kat area Lisung tapi tak sempat.. huhu..

Oklah, setakat ini je nak cerita... InshaaAllah next post mungkin throwback trip dulu-dulu yang tak pernah post sebab belum ada plan trip terbaru.. hehe

Wassalam..

No comments: