Sunday 31 December 2017

Jalan-Jalan Korea : Jeju kami datang, 25-27 Nov 2017 ~ Part 4

Assalamualaikum..

Hari ke-4 : 26 Nov 2017

Masa 1st time pegi Korea pada 2013 masa tu 1st time dengar pasal Jeju. Masa tu tak amek port sangat sebab janji dah pegi Korea, itu dah cukup. Tapi bila berjumpa beberapa orang Malaysia masa kat sana dan acap kali kena tanya "dah pegi Jeju?" buat aku tertanya-tanya apa yang best sangat kat Jeju?  

Lalu aku pun google nak tau pasal Jeju. Ooo Jeju ni pulau. View cantik. Terletak di selatan Korea Selatan. Agak jauh jugak dari Seoul. Nak pegi sana kena naik flight. Oooo.. ok, masa tu fikir entah bila akan pegi Korea lagi. Sebab target selepas pegi Korea akan ke negara-negara yang belum pernah pegi.

Kita merancang dan Allah juga merancang untuk kita dan akhirnya, semalam 25 Nov 2017 sampai juga di Jeju hasil dari tak jadi ke negara lain. Juga atas permintaan Insyirah yang nak pegi Korea lagi. Jadi, aku pilih pegi ke bandar-bandar yang belum pegi di Korea dan Jeju salah satu pilihan utama selain Busan. Cuma Seoul je 2x sebab special case dan sebab naik MAS.


Belakang aku tu ialah Seongsan Sunrise Peak iaitu salah satu landmark utama di Pulau Jeju.
Besar pulau Jeju ni 3x ganda Singapore dan banyak tempat menarik

Apa yang menarik tentang Pulau Jeju?

Banyak sebenarnya. Lebih lanjut boleh baca kat sini, 
https://www.thevocket.com/17-lokasi-menarik-untuk-dikunjungi-di-pulau-jeju-korea-selatan/

Dah baca? mesti nak pegi kan?hehe... Ok sebelum korang pegi baca dulu pengalaman aku jalan-jalan Jeju kat post ini dan juga post sebelumnya, 


Bae Bae Guesthouse

Macam biasa guesthouse ni aku book melalui booking.com. Ia terletak di sebelah barat Pulau Jeju. Aku pilih guesthouse ni sebab rating, ada pantry, murah sikit, dekat dengan laut dan tak jauh sangat dari airport. 

Cumanya, guesthouse ni agak jauh dari tempat-tempat menarik utama di Jeju seperti Seongsan Sunrise Peak, Jeju Folk Village, Jusangjeolli Cliff dan lain-lain yang kebanyakannya terletak disebelah timur dan selatan Pulau Jeju. 

Ada juga tempat menarik yang tak berapa jauh dari guesthouse antaranya, Halim Park dan Taman Negara Hallasan. Bagi aku jauh atau dekat takde hal sebab sewa kereta.
  

Bae Bae Guesthouse.. ada 3 bilik boleh di sewa
Kedudukan Bae Bae Guesthouse dan Seongsan Llchulbong


Seongsan Sunrise Peak

Oleh kerana hanya ada 1 hari sahaja untuk melawat kawasan menarik di Jeju maka tempat ini menjadi pilihan yang pertama. Dari guesthouse agak jauh juga iaitu 94km dan sejam setengah perjalanan. Plan kami, pegi dulu tempat paling jauh sebab nanti on the way balik boleh singgah beberapa tempat lagi.

Apa yang menarik di Seongsan Sunrise Peak?

Ia landmark terpenting di Pulau Jeju. Terletak di Llchulbong Seongsan. Merupakan bekas gunung berapi yang terletak di dasar laut dan bila meletus ia keluar ke permukaan. Dinamakan Seongsan Sunrise Peak kerana lokasi ke-2 matahari terbit selepas Jepun. 

Tempat ni tersenarai antara "One of the Seven Wonders of Nature". Kalau ke Jeju wajib datang sini kerana pemandangan di sini sangat natural dan indah terutama ketika matahari terbit. Tapi masa kami pegi matahari dah tegak kat kepala jadi layanlah gambar dan lihatlah apa yang indah kat sana.


Tiket masuk yang berharga 2000 won untuk seorang dewasa.
7 Wonders Of Nature










Ini pertunjukan "Jeju Mermaid". Mereka adalah wanita-wanita tua (70-90tahun) yang menyelam ke dalam laut tanpa sebarang bantuan oxygen untuk menangkap hasil laut. Bayangkan baya nenek-nenek kita ni..
Iktiraf oleh UNESCO
Kesian.. keta sewa kami paling kecik sekali..

Selain Seongsan Sunrise Peak, di kawasan berdekatan Llchulbong Seongsan juga menarik antaranya terdapat kawasan pantai di Seongsan Park yang boleh tengok kawah gunung dari jauh. Juga terdapat kebun bunga Canolla yang hanya berbunga pada musim tertentu sahaja. Nak masuk ladang tu kena bayar 2000 won sorang. Oklah sebab cantik bayar je lah.


Seongsan Park







Kebun Bunga Canolla



Ladang Bunga Canolla




yang bulat-bulat kuning itu ialah buah limau Jeju... 

Jeju Folk Village

Dari Seongsan terus ke kampung ni. Kampung terletak di laluan balik menghala ke guesthouse. Bila tiba di kampung mula-mula macam nak masuk tapi tak jadi. Ini kerana masa tu terfikir kalau masuk mesti 1-2 jam tak cukup sebab dalam tu ada 100 lebih jenis rumah orang Korea yang berusia lebih 100 tahun. Lagi satu fee masuk 10k won sorang(rm38). Jadi, ambil keputusan ambik gambo kat luar je. Janji dah sampai... hehe..



Pintu masuk Jeju Folk Village tutup... macam tak kasi masuk je...


Pyoseon Beach

Masa on the way keluar dari Jeju Folk Village ternampak plak pantai ni. Terus singgah sebab nampak di sebelah pantai ada taman, toilet dan gazebo. Ini yang best kalau self drive. Boleh ikut suka kita nak berhenti kat mana kita suka. Salah satu sebab aku singgah kat taman sebelah pantai ni kerana nak solat.  

Pyoseon Beach atau boleh panggil Poyo Beach.. hehe
Pyoseon adalah bandar dalam Pulau Jeju... Jeju Folk Village terletak di sini
Gazebo untuk solat
Kalau cuaca cerah sure cantik pantai ni... siap ada patung-patung ayam, monyet bagai...
Gazeko kat tepi Pyoseon Beach
Parking kat Pyoseon Beach

Chilslmni Food Street

Dari Pyoseon Beach, destinasi seterusnya cari tempat makan. Cari punya cari sampai ke Chilslmni Food Street, iaitu sebuah pekan berhampiran laut yang kebanyakan kedai makan di sini sediakan makanan laut. Boleh tahan mahal juga pakej makanan kat sini walau hanya order seekor ikan. Sebab takde pilihan makan je lah.. huhu..

Chilslmni Food Street
Side dish wajib bila makan makanan korea..
Tu dia ikan yang berharga 60k Won


Jusangjeolli Cliff

Lokasi terakhir yang sempat pegi hari ni. Masa kami tiba di sini waktu dah dekat Maghrib dan hampir nak tutup. Ada hikmah skip masuk Jeju Folk Village dan sempat ke sini. Sempat dapat layan moment sunset dan tengok batu-batu 4-6 segi yang terbentuk hasil dari pembekuan larva yang mengalir ke laut waktu musim sejuk.

Memang unik batu-batu bentuk hexagon ini seolah ada acuan yang membentuknya. Inilah bukti Kebesaran Allah bila berkehendak kepada sesuatu kejadian, maka jadilah.. Kejadian ini berlaku kira-kira 200 ribu tahun dahulu.








Penerangan tentang terbentuk batu-batu bentuk polygonal

Sunset




Dari 4-5 tempat plan nak pegi hari ini cuma 2 tempat je dapat masuk, 1 singgah dan lagi 2 tempat tersinggah tanpa sengaja. Oklah untuk 1 hari penuh punya jalan-jalan. 

Bila dah pegi beberapa tempat di Jeju pada pandangan aku pulau ini memang berbaloi untuk mereka yang suka dengan keindahan alam semula jadi. Untuk explore semua tempat di Jeju tak cukup hanya 2-3 hari. Seminggu ok. Sebab kat sini ada pantai, ada pulau, ada gunung, ada kawah gunung berapi, ada air terjun dan banyak lagi.  

Kepada korang yang nak datang Jeju, datanglah pada musim Autumn kerana masa tu waktu paling cantik kerana ketika itu daun-daun pokok berwarna warni kuning dan merah. Musim Autumn ialah pada minggu akhir Oktober hingga pertengahan November. Masa aku datang dah hujung-hujung dan daun-daun kebanyakkan dah gugur sebab nak masuk musim winter.

Boleh je kalau nak return lagi ke Jeju, lebih-lebih lagi Air Asia dah ada flight direct KL-Jeju. Bila tu? Bulan dah tau cuma tahun je tak confirm bila... hehe...




Ok, habis sudah cerita hari ini. Hari esok punya cerita bersambung pada post akan datang Part 5.


Ni nak kongsi perbelanjaan kami hari ini,
  • Fee Seongsan Sunrise Peak - 2000 won (rm7.60) / seorang
  • Tuang minyak - 41000 won (rm156) > 1400 won seliter (rm5.30)
  • Lunch untuk 3 orang - 63000 won (rm240)
  • Fee Jusangjeolli Cliff - 2000 won (rm7.60) / seorang


Post terdahulu,

1 comment:

najwaakutravel said...


Jom ke Jeju Island 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Seoul! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.