Monday 6 June 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 5

Assalamualaikum...

Hari ke-5, jom layan dulu gambar-gambar sunrise di Tasek Rotorua...







Dengan kain gombang tengah syok skodeng Azim tiba-tiba ada pulak snap gambo aku... hehe...



Subhanallah.. indah sungguh bila fajar menyinsing pada hari ke-2 di Rotorua. Kedudukan matahari terbit betul-betul kat celah bukit nun di hujung tasek Rotorua. Ketika itu langit cerah dan berawan. Bila cahaya matahari bersinar menyuluh awan yang gelap langsung bertukar menjadi oren kekuningan seperti gambar-gambar kat atas. Itu lah kebesaran Allah dan semua tu ada disebut dalam kitab Al-Quran iaitu antaranya dalam Surah...

At-Takwir,

Bismillahirrohmanirrhim...
.
.
Ayat 15 - Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam..
Ayat 16 - Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya..
Ayat 17 - Dan malam, apabila ia hambir habis..
Ayat 18 - Dan siang, apabila ia mulai terang..
Ayat 19 - Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah Utusan yang mulia..
Ayat 20 - Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy..
.
.
Sadaqallahulazim..

Untuk aktiviti hari ni tak perlu punggah beg masuk MPV sebab semuanya di Rotorua. Bagi geng MPVian hari ni terpaksa berpecah. Family den dan Afzan ke Wai-O-Tapu(sebab dah booking online). Manakala family Anuar dan Jasmin ke Skyline dan kampung Maori.

Wai-O-Tapu ni lebih kurang macam Whakarewarewa cuma di Wai-O-Tapu banyak kolam air panas lebih kurang 21 kolam semuanya. Nak tau rupa kolam-kolam tu kenalah layan post ni sampai habis...

On the way to Wai-O-Tapu..
Sampai sudah kat pintu masuk Wai-o-Tapu Thermal Wonderland..
Di sini di larang merokok! Boleh tahan besau kawasan dia...
Ikut anak panah...
Sape pulok ni posing sebolah papan tanda..
Suka hati... ni belum jumpa kolam lagi...
1st Kolam air panas... berasap-asap...
1st kolam jugak
JDT... alamak penyut!





Gua thermal


kolam ke berapa entah... duduk sat sebab kaki lenguh jauh berjalan...

Buaya sape laa ni..

Kolam paling besar...
Dari sulfur jadi tasek..
Kalau tak berasap bukan kolam panas namanya..

Cantik pokok-pokok kat sini..

Batu pon cantik..




Last sekali kolam devil bath yang color hijau tu... memey devil lah...

Walaupun suhu Rotorua 20-22 celcius tapi kat sini jadi hangat hasil dari wap kolam air panas. Kalau musim winter kat sini tak payah pakai heater.

Dari pemerhatian den tempat ni ribu tahun dulu mungkin kawasan gunung berapi. Tak mustahil sebab sebelah pantai barat New Zealand merupakan kawasan lingkaran gunung berapi dan bandar Napier pernah musnah sebab gempa bumi pada tahun 1931. Boleh baca pasal Napier pada Hari ke-3.

Pada tahun 2011 bandar Christchurch yang terletak di pantai barat pulau selatan juga pernah dilanda gempa dan banyak bangunan serta kemusnahan lain ada yang masih belum dibaiki hingga hari ini. 

Baru-baru ni sebelum kami ke sini ada berlaku gempa di kawasan pantai barat tapi tak melibatkan kawasan bandar atau penduduk. 

Gempa yang kerap berlaku di NZ tentunya berkaitan kedapatan beberapa gunung berapi yang lama tak meletus terutama di pulau utara seperti Ruapegu, Ngauruhoe, Tongariro dan lain-lain. Rangkaian gunung-gunung berapi inilah yang membentuk lanskap New Zealand menjadikan kawasan indah tarikan pelancong.

Inilah hikmah dan kebesaran Allah yang Maha Adil mengurniakan keindahan alam semula jadi di New Zealand sehingga menjadi tarikan produser hollywood. Tetapi disebaliknya, bencana boleh datang secara tiba dan bagi kita orang Islam semua ini supaya kita berfikir ibrah disebalik yang diperlihatkan sepanjang pengembaraan ini.

Apapun satu hari nanti semua yang indah-indah ini akan musnah bila tiba masanya. Kita pula kena bersedia...Wallahualam...

Panjang lebar pulak cerita pasal bencana alam.. hehe..

Ok, selesai di Wai-O-Tapu, waktu sudah lewat tengahari dan masa mengisi perut masing-masing yang sudah keroncong. Lebih kurang 30km untuk balik semula ke bandar Rotorua dan mencari restoren halal untuk santapan tengahari.  

belok kanan...
Lunch di Restoren Indian Cuisine - Nasi + Curry Mango... boleh tahan sedap kuah mango tu..
Selesai lunch sambung jalan-jalan dan window shopping kat bandar Rotorua. Boleh tahan besar bandar Rotorua dan kalau dapat masuk setiap kedai kita boleh dapat beli barang-barang klasik seperti model kapal terbang, kapal perang retro yang susah nak cari sekarang. Benda-benda retro ni Afzan dengan Anuar suka. Lain-lain seperti pakaian jenama tempatan seperti canterbury pun ada jual dan harganya boleh laa... Aku cuma nak cari sourvenir je.. haha.. 

Sekian travelog hari ini bersambung Hari ke-6..

Post terdahulu,

No comments: